Saturday, April 30, 2011

...once upon a time...

... Hai, selamat hari buruh untuk semua... N selamat ulang tahun pd sesiapa yg lahir pada 1551... :) 
sekarang sy berada di kampung halaman tercinta, rasa aman & tenang..walaupun rasa rindu pd seseorg yg terus berdiri dgn egonya... Biarla.. Aku pun ada rasa ego, ada rasa untuk diberi perhatian... Biarla... Hidup harus diteruskan...
Ok ape kaitan dgn gmbr ni... Hehe sbb sekarang sy sibuk nk mengekor mak ngan abah bawak 2 org anak buah g gunting rambut... Yg gmbr kat atas tu gmbr abg ngah, igt masa mula2 dia tak suka sgt gunting rmbut,menangis mcm kena belasah je gayanya..hehe 
rindu nya masa lalu... :) sekian coretan dr kampung

Tuesday, April 26, 2011

... dugaan....

entry ni tak penting pun... tak perlu pening2 nk fikir sbb ntry ni hanya berkaitan 1 je... HATI.. thats all...
hati tengah tak keruan... perasaan tgh bercelaru... POSITIVE...POSITIVE... jgn ikutkan hati nnti MATI...

hmmmm ntah la nk tulis aper pun tak tau la...
kdg2 rasa lonely.... ok fine bukan kdg2.. tapi MEMANG pun..
ape la nasib....


Sekian....

Monday, April 25, 2011

... PAINTBALL cayokk...cayok...cayok....

n3 kali ni adalah rentetan dari aktiviti sabtu lepas... PEKASA SIRIM telah menganjurkan PAINTBALL Challenge di kalangan kakitangan.. 1st game telah dimulakan oleh TEAM VIP...
seyes ko leh gelak2 lagi kan masa tgk bos2 berentap... kihkih bukan senang beb nk gelakkan bos2..ni la masanya.. wakakakak tergolek2 pun ade.. kihkihkih tapi mmg tabik la kat diaorg sanggup spent masa n sporting giler...

time ni curi2 update dari ofz sebb berukband saya telah bertukar menjadi beruk hingga tidak dapat digunakan .. huhu sy upload gmbar je la k.. huhu tgk la sendiri... hehe


masa ni posing sebelum bertempur.. setiap team akan berlawan 4 kami games.. then baru separuh akhir utk tmpat ke 4, 3, 2 n johan...
hadiah lumayan....

yang ni klu tak silap game ke-3... game ke-2 tak main... bagi can org lain main lak.. aku rehat...
setiap team ade 6 org, setiap games 5 peserta.

sempat lagi gedix sebelum masuk sarang..
:)

gambar terabur sikit.. maaf la yea.. hehe
masa ni ala-ala taklimat la.. hehe

brainstorming...

games start... u ur ready to rocksssss........
cuba teka yg mana aku.. klu tak silap masa ni kot aku kena tembak kat peha..
cedera parah smpai pagi ni duduk bawak kete menyenget je... sakitttttt tau tak... sape tembak aku hah!!!!!
nasib baik perempuan pakai VASE.. klu tak cacat tak leh bagi susu kat baby..
kihkihkih upppssss closed case

peperangan berjaya ditamatkan...
peace no war...

nasib baik pakai mask... tak de la peluru masuk mata...
SAFETY FIRST

kali ni game terakhir...
hahaha tenaga dah out dah... hehehe



walaupun kami bukan juara....
kami KALAH penuh BERGAYA....

hehe ayat sedapkan hati.. apepun yang penting HAPPY...
next time leh ajak kekawan main... confirm puas hati punya..


Saturday, April 23, 2011

... No Pain No Gain...

Bahana PAINTBALL.... Amikkkk ko bukan setakat berbirat....lebammmm wooo.... Sakit jangan cakap la...berdenyut2..huhu :(
ape pun this game memang terbaik la..... Nak main lagi...nak main lagi...huhu 
pada siapa yg suka sukan lasak, this game are so highly recommended.

Friday, April 22, 2011

... PAINTBALL Challenge...


wahhh new aktiviti lagi..
i likkkeeesss..



tgk banner ni korang mesti dah tau kan...
means minggu ni aku ade PAINTBALL challenge kat Padang Astaka, PJ...
maka nya kol 7.30 pagi harus n wajib la terpacak di sana...
hmm perasaan berdebar2... harap2 yang terbaik n all da  best...

hmm tapi tak sabar lak nk start aktiviti baru..
tetiba rasa sayang nk tinggal kan company ni.. hehe
sebb di sini aku banyak belajar benda baru, join xtvt baru..
ATV la.. RAFFTING la... sekarang PAINTBALL la plak... tu tak kira lain yg naik turun gunung.. kelas SULAM MENYULAM la.. MENGAJI la... CERAMAH AGAMA la..
hmmm ape lagi yea.. rasanya banyak la jugak.. tak kurang jugak SENAMROBIK setiap Jumaat kol 4 petang.. tapi jarang dapat join sebb waktu offz hour... komitment kerja harus didahului...

hmmm lain2 carutan aku post kemudian la yea.. sekarang otak tengah jem...
nk buat kerje yg tak boleh nk dibuat lagi.. sedih la camni.. huhu


psstttt : mood tengah bersedih... :(


Tuesday, April 19, 2011

...selamat hari SETIAUSAHA




.... Peeewwwwiiiitttt... Dah 3 tahun lebih i jadi Setiausaha....ni tahun 1st i dapat gift dari BOS.... Dr bos lelaki plak tu... Yang best semua staf dia, dia bagi tau... 



Thank you soooo much bossss.... Really appreciate... 



Sunday, April 17, 2011

...ini bukan pengaruh Televisyen, tapi pengaruh NOVEL



tetiba teringin nak makan cucur bawang....

v
v
v
v
v
v
v




masih di dalam kuali....

ok.... dah nk masak...leh angkat lah.

sedia untuk dimakan...

tak sempurna rasanya cucur bawang tanpa sambal kicap... 
:)

nk tau kenapa tetiba teringin makan cucur bawang.. sebb baca novel ni la
CUCUR BAWANG & KOPI 'O'
tapi sebab aku tak minum kopi, so telah ditransfrom kepada....

CUCUR BAWANG & TEH 'O'


FUHHHHH!!!!!! lega dapat makan cucur panas & teh 'o' panas... 
alhamdullillah.. rezeki dihujung minggu...

malam tadi tido dengan perut yng kosong...huhu :( 


Friday, April 15, 2011

... lagi satu INFO for Sharing...






                                             

TIP UNTUK CABARAN ANUGERAH `GREATEST FAT & WEIGHT LOSER’

Berat badan dapat dikawal sekiranya kita mengetahui cara mana hidangan makanan dinilai dari segi kelebihan atau kekurangan kalori yang diperlukan oleh badan. Apabila makanan yang dimakan melebihi tenaga yang diperlukan oleh  badan, tenaga yang lebih ini akan ditempatkan di beberapa tempat lemak dalam badan dibawah kulit. Sekiranya kelebihan tenaga ini berterusan, lemak di badan akan bertambah dan begitu juga timbangan badan. Makanan yang menghasilkan tenaga yang kurang dari yang diperlukan oleh badan, lemak simpanan di badan akan dipergunakan sebagai sumber tenaga tambahan. Jika kekurangan ini berlaku, simpanan lemak di badan akan habis dan badan terpaksa mendapatkan tenaga dari tisu-tisu yang lain sebagai sumber tenaga tambahan yang baru. Akibatnya, badan menjadi kurus dan tidak bertenaga.



CARA MENENTUKAN BILANGAN KALORI YANG DIPERLU SETIAP HARI

Tenaga yang dikehendaki oleh badan adalah berbeza dengan bilangan atau berat pekerjaan yang hendak dibuat. Cara yang mudah untuk memastikan banyaknya tenaga yang diperlukan seharian berdasarkan aktiviti-aktiviti dan jarak masa aktiviti itu dilakukan.

CONTOH

Manusia memerlukan sebanyak lebih kurang 1 kalori setiap jam bagi setiap Kg berat badan untuk kadar metabolisme.

154 Ibs (70Kg ) x 24      = 1680 k.kalori (LELAKI)
110 Ibs (50Kg ) x 24      =  1400 k.kalori (PEREMPUAN )

JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN
KM + JENIS AKTIVITI  = K.KALORI

NOTA : 1 Kalori = 0.001 Kilo Kalori




aku rasa berat badan aku sekarang dengan ketinggian dah ideal...
coz berat aku sekarang 55kg..
hahaha muka tetap bulat,
tapi tinggi aku 166 @ 168 cm (hehe tak ingat tetap tapi sekitar tu la... )
so klu tgk BMI dah ideal dah tu... huhu :)

see.... aku dah test dah kira BMI aku... total BMI aku is 19.5 ... it still categories in Normal Weight.. hehehe
so tak de la risau sangat smpai overweight.. klu korang rasa korang ni gemuk @ kurus korang try la.. search je kat google BMI calculate ...



klu tak puas hati cuba la.. semoga berjaya....







Thursday, April 14, 2011

... Selamat Ulang tahun Mak ... mmmuuuahhhh


SELAMAT ULANGTAHUN MAKKKKK....
cayang mak lebih dari segala-galanya...

semoga mak terus dilimpahi kesihatan, kegembiraan, kesejahteraan hidup
semoga mak terus tabah dan sabar...
Semoga mak dilanjutkan usia dan diberi kesihatan yang baik..
semoga mak terus ada disisi..n terima kasih sebab melahirkan, membesarkan dan melimpahi kasih sayang pada anakmu ini
terima kasih mak sebab sangat memahami...

 
kerana mu IBU, kau pengubat duka... :)
mak la tempat meluah segala-galanya...
segala kesedihan, kegembiraan... kekecewaan... semua ku luahkan di bahu mak...

mak, ibu terbaik antara sejuta ibu yang ada...
tak boleh hidup tanpa mu ... :'(
 
 

...menikmati Duyan ....

Yummmy...yummmy...



percubaan post blog n3 menggunakan hp... hp nokia cokia je..hehehe bukan BB pun.. hehe :)

....Adakah soalan seperti ini bermain di fikiran anda?


Sharing Info : v2

Saya sudah mencuba, tetapi mengapa hanya sedikit sahaja berat badan saya turun dalam masa sebulan??
  • Jika anda aktif mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman, jisim  lemak akan ditukar kepada jisim otot, oleh itu perubahan berat badan tidak ketara tetapi anda akan berasa lebih sihat dan kelihatan lebih  menarik.
  •  Pengurangan berat badan secara mendadak adalah memudaratkan, anda boleh mengalami kehilangan jisim otot.  Anggota tertentu di badan akan kelihatan mengelebeh dan biasanya amalan ini tidak kekal lama
  • Penurunan berat badan secara sihat dan selamat disarankan di antara ½ hingga 1 kilogram seminggu.
Saya tidak dapat menahan nafsu makan?
  • Elakkan diri dan suasana yang boleh menimbulkan keinginan untuk makan
  • Elakkan menyimpan stok makanan ringan di rumah atau tempat kerja
  • Kurangkan makan di luar.

Bagaimana untuk mengelakkan rasa lapar?
  • Makanlah mengikut waktu yang tetap dan betul.
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Pilih snek (makan di antara waktu makan utama) yang berkhasiat  contohnya buah-buahan tempatan.
  • Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat dan roti bijirin penuh.
Saya tiada masa untuk menyediakan makanan!
·        Hidangkanlah ulam-ulaman sebagai menggantikan sayuran yang perlu dimasak.
·        Sediakan bahan-bahan mentah pada waktu lapang seperti pada hujung minggu.
·        Minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyediakan makanan.

Saya sukar untuk menerima perubahan!
  • Lakukan perubahan secara berperingkat, jangan terlalu memaksa diri.
  • Selalu ingat, perubahan yang mendatangkan faedah amat menguntungkan.
  • Tanamkan keyakinan dalam diri yang anda mampu untuk berubah.
  • Buat perubahan kepada perkara yang mudah dahulu, contohnya kurangkan minuman manis dan lebihkan minum air kosong.
Saya tidak yakin untuk berubah!
  • Jangan mudah berputus asa, kekalkan keazaman untuk membuat perubahan.
  • Fikirkan tentang ganjaran dari segi kesihatan yang bakal diperolehi  apabila berjaya mengurangkan berat badan.
  • Sasarkan matlamat penggurangan berat badan yang mampu  dicapai. Contohnya pengurangan berat badan 1 hingga 2 kg sebulan.
  • Tanamkan cita-cita untuk membuktikan kepada diri dan orang lain bahawa anda mampu melakukannya.


        
YANG PENTING :  Abaikan pandangan dan pendapat negatif orang lain terhadap  usaha murni ini.


Info from AJK Program Kecergasan SIRIM Berhad


Wednesday, April 13, 2011

...CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT



Sharing Info....


CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT
 
Lakukan Perubahan kepada Tiga Perkara
 
    a) Pemakanan Anda
    b) Menu Harian Anda
    c) Aktiviti Fizikal Anda
 
UBAH PEMAKANAN ANDA
·     Makan ikut keperluan harian anda.  Ianya bergantung kepada umur, jantina , status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang
·     Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan  dan mengandungi lemak haiwan
·      Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
·      Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang  dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
·    Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air-kosong dan minum secukupunya ( sekurang-kurang 8 gelas sehari)
 
UBAH MENU HARIAN ANDA
·    Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur
·    Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera anda.
·     Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit & memakan masa )
·     Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap.
 
TINGKATKAN AKTIVTI FIZIKAL ANDA
·        Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari
·        Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki dan senamrobik.
·       Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal anda mengikut kemampuan secara  beransur-ansur
·       Gunakan tangga di tempat kerja
·       Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti  Program `Jom Bersenam’ , senamrobik dan sukan berpasukan.


 
 KEPERLUAN KALORI SETIAP HARI MENGIKUT UMUR
 
 
 
 
 
 
 
 psssttt : berdiet la secara sihat... :)
 
 
 

Tuesday, April 12, 2011

... dan AKHIRNYA.. alhamdullillah




korang tak faham ke aper ni...
ni maknanya list nama for KONVOKESYEN UITM sidang ke 74 dah kuar...
waduhhhh jenuh cari nama sendiri.. hehehe rasa nk terjuling2 biji mata... huhhu akhirnya....

ALHAMDULLILLAH. hasil dari penat lelah selama 3 tahun setengah itu dan ini lah hasilnya, setelah pening, serabut, meroyan segala macam dengan assingment, test, final exam, presentation n yang paling tidak boleh dilupakan siap menangis buat thesis...hehehe.. ni la hasilnya... ohhh mungkin ade yang kata Degree 3 tahun setengah pun nk kecoh..hehehe mesti la nk kecoh... sebb aku buat PLK tau..
semangat untuk kawan2 yang lain jugak... U CAN DO IT....

untuk yang tak tau saje suka nk bagitau walaupun aku dah kerja, n kerja yg agak best (pada aku la...syukur ade kerje tetap dari takde..hehe)... tapi aku ade cita-cita untuk continue lagi my study walaupun terpaksa berkorban masa, tenaga dsb... yang penting ada usaha n cita-cita.. insyaallah segalanya akan dipermudahkan... AMINNNN

tak sabar lak nk tunggu hari dan ketika ini.... 15 Mei 2011 (Ahad) - sidang petang..
so kawan2 datang la turut meraikan kami.. hehehe

geng, tak sabar nk posing2 dengan uollsss....

misss u uolllssss la....


pssst : target konon nk dapatkan 3 bintang, tapi dapat petik 1 bintang je...
cukup la ... syukurrrr...


Monday, April 11, 2011

... tak ada aper2 pun...

n3 yang tak berapa berat untuk kali ni.. halus2 je.. huhu
korang, nk tanya la... klu korang lahir dalam tahun 80an @ 70an... korang suka tak baca buku2 novel yang ke arah keremajaan.. kanak-kanak ker..

 last week, aku kan dah shopping novel.. tapi satu tabiat aku kat kedai buku, aku akan amik masa yang lama kat situ... aku lepak n baca 1 novel remaja ni, rasa cam sweet plak

salah ke klu sesekali baca novel2 yang sweet mcam ni..
~~~  rindu la zaman2 sekolah :( ~~~


i'm single.......
single unavailable.....ahahahaha


Sunday, April 10, 2011

... life is sweet n hot...




aktiviti hujung minggu... tengah ari anak tuan umah dah sms tanya dah bank in duit ke belum...hahaha padan muka saper suh diam tak reply sms aku kan .. berminggu aku sms, baru hari ni nk reply.. nnti bila aku dah bank in acct bapak dia baru terhegeh2 nk reply sms... tau la plak sms aku bila dah cukup hari.. pastu ade hati nk wat lawak ngan aku... hah!!! aku sergah tau takut... 

dah settle bank in, sms cu-N, ajak makan tengahari...nasib baik dia ok...aku dah pening kepala sampai cam nk muntah sebb lapar sangat...korang pernah tak rasa camtu... cakap la pernah, tak de la aku rasa diri aku ni peliks..hehe 

pastu amik cu-N kat umah, n culik dia bawak SACC Mall... teringin nk makan TOM YAM kat secret recepi.. rasanya dah lama tak mkn kat situ... mungkin dah setahun kot.... 


sebelum tu bersms2 dengan BOS baru, cian dia... jangan la dia give up... ni yang rasa nk cari keje lain ni.. korang bayangkan la klu BOS baru pun leh give up inikan pulak aku yang cuma hanya kuli...uhuhu..LU FIKIR LA SENDIRI


order PEPSI... tapi nape pepsi ni tk sedap mcm kat KFC tu ye.. huhu

tak leh ker ko bagi saya garfu... penat la nk makan guna chopstik ni....

... LIFE is SWEET...

simple giler kuar.. juz tshirt gelobor2... without make-up...
sampai kat parking baru touch up dgn bedak n lipstik.. hehehe

ni la menu lunch saya.... fuhhhh terangkat...

ni menu lunch cu-N... 
amik set kids je.. 
FISH & CHIP 
oh ye mmg la dia makan set kids je sbb dia dah makan pasta tanpa pelawa aku..
huhuhu :( sampai hati ko cu-N

selepasssss... hahaha biasa la tu klu aku makan TOM YAM KUNG ni mmg takkan habis nye...huhuhu 
makan setakat nk lepaskan gian je..hehe

yang HOT nya... tak leh nk tahan godaan ni la.. 
asal nmpak novel baru je mesti nk beli... aku rasa klu aku ni kaya raya mau nya duit aku habis kat kedai buku...huhu orang kata klu kita rajin membaca awet muda... yeaa ker...hehe

tengah2 bulan ni shoping novel bebanyak..hehe bak kata En. BB, dari beli novel pas baca buat koleksi baik beli baju... tapi masalahnya aku ni kurang sikit bab2 shoping baju... maka nya en. BB redha je la dgn GF kamu ni yea... hehehe 



so, utk bulan ni no more shoopping k... padan muka.. dlm masa 3 jam je almost RM80 habis...kihkihkih


pssst : en.BB tu konon tak caya la aku g ngan cu-N kan...
hehe kekonon je ajak lepak minum.. cisss :)




...peliks tapi unik...

hahaha ni cu-N punya pasal la ni.. gara2  tgk buku 105 kejadian pelik.... nampak satu pix ni..huhuh
heybat monyet ni... monyet pun pandai main golf.... tak ke heybat tu... manusia pun lom tentu pandai main golf...


...pweeeeiiitttt korang teka monyet ni cam gaya sape main goft.... hehehe... 


jangan maraaaa yeaaaa... gurauan petang hujung minggu..

Saturday, April 9, 2011

...pengisian hujung minggu saya.




seronoknya klu hujung minggu dihabiskan seperti aktiviti-aktiviti outdoor, g cuti2, g jalan2... huhuhu
dah lama tak buat semua benda2 tu..huhuhu nape yearkkk...

sebab hujung saya BZ dengan benda niiiiiiii

v
v
v
v
v
v
v

ni dokumen2 minggu lepas.... huhuhuhu 

ni baru dapat utk minggu ni..huahuahua





huahuahuahua igt senang ke nk isi borang tender ni...leh ngangis woooo
leh kejang otot2 jari..huhuhu




... be rock boss


biasanya  yang lembut jangan disangka tiada kerasnya..yang diam jangan disangka tiada ributnya...
Tuhan sekadar menguji... Hidup ibarat Roda.... Hari ini "KAU" di atas belum tentu, "KAU" sentiasa di atas... 
tiba hari dan ketika ada balasan yang akan menanti "KAU"

- comel kan kad ni.. a simple gift to support "B"

- semoga hijau daun dapat menenangkan jiwa... -

- kita hidup di atas HUKUM KARMA, buat baik di balas baik... buat jahat biarla ALLAH yang tentukan -

- tengok tajuk dah confirm la tau kan entry ni utk saper.... 
yea biarlah orang nk kata ape... 
a simple gift from US ... semoga TABAH menghadapi hari2 mendatang.. 
be rock boss... 

ini la realiti hidup.... pada yang mengetahui kisah di pagi JUMAAT.... renung2kan dan selamat beramal..


psss : ada bantal kuning comel di kusi itu... :)








Friday, April 8, 2011

... hargai KEHIDUPAN & semua disekeliling



Genap seminggu aku and da geng dapat bos baru… n rasa sehingga hari ni jugaklah setiap hari n setiap orang yang saya jumpe asyik bertanya..”camne bos baru..” , “best la dapat bos baru”… “untunglah dapat bos baik”….

YEA… satu je yang aku akan ungkapkan… “Alhamdullillah” “boleh lah” selain tu aku hanya boleh SENYUM…. Tak perlu kata aper2… hanya perlu senyum….

Opsss ade juga yang kata… tak buat kenduri ker?pulut kuning la… memacam la..

Apepun bagi aku... aku datang kerja untuk kerja... aku hanya fikirkan keje.. mungkin dah lali kot dengan bos lama.. yea la diam tak diam, 3 tahun lebih jugak aku bertahan dengan bos lama...

Bagi aku juga hidup ini ade HUKUM KARMA nya...n whether kita suka atau tidak, kita perlu ikut HUKUM KARMA.. kalau kita hormat dan hargai orang lain, sure orang akan buat benda yang sama pada kita..it’s SURE... VERY SURE.. ALLAH tak pernah mungkir janji..
So MORAL of story ~~~~ HARGAI KEHIDUPAN & INSAN DISEKELILING.. JANGAN SEKALI2 BERBUAT JAHAT DENGAN ORANG LAIN…

Senyummmmm


Wif luv… azza