Wednesday, July 8, 2009

FELDA = GEDUNG MAKANAN NEGARA....

Korang dah baca Berita Harian, Rabu 8 Julai 2009 tak...
huhuhu kepada yg belum sila baca ya.. huhuhu
kenapa aku lak pepoyo dgn paper ari ni.. hehehe
mcm tak caya jer, kampung aku jadi Tuan Rumah utk perasmian Felda sebagar Gedung Makanan Negara... hehehe semakin membulat la anak2 Felda pas ni.. Bangga lak jadi Anak Felda.. coz... sekarang Felda dah jadi berkembang menjadi 1 lagi sumber yg menjana pendapatan negara...

HIDUP FELDA...GO FELDA GO....

ni la keratan artikal BERITA HARIAN, PM merasmikan Gedung Makanan Negara sempena Sambutan Hari Peneroka di Felda Moakil, Labis.. (kampung aku Beb...) KERATAN BERITA HARI INI>>>>>>

Usaha transformasi tanah rancangan: Najib

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan berhasrat menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar.

Beliau berkata, ia sesuai dengan tema Felda moden yang digariskan bagi tanah rancangan itu untuk 50 tahun akan datang, dengan satu daripada projek keutamaan itu ialah mentransformasikan Felda sebagai gedung makanan negara, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka.

Bagi melaksanakannya, katanya kerjasama sudah diwujudkan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang akan membeli hasil tanaman peneroka mengikut harga pasaran. ....

Lebih 25,000 peneroka hadir pada majlis bertemakan 'Transformasi Memacu Kejayaan', iaitu ke arah pembentukan budaya yang lebih cemerlang dan melonjakkan lagi kejayaan pada masa depan. Najib berkata, usaha menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara juga disebabkan masih ada banyak kawasan atau tanah kosong di tanah rancangan itu, termasuk di kawasan perkarangan rumah peneroka yang boleh dimanfaatkan untuk tanaman seperti cili, terung, pisang berangan dan sebagainya.

"Setiap peneroka menerima tanah seluas empat hektar (10 ekar) dengan 0.1 hektar (0.25 ekar) untuk kawasan tapak rumah yang boleh diusahakan dengan pertanian," katanya. Beliau berkata, kerajaan menyediakan peruntukan khas RM10 juta untuk melaksanakan program itu, manakala markah 15 peratus diperuntukkan untuk Felda yang melaksanakannya bagi pemilihan kategori anugerah Edible Garden.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, usaha menjadikan Felda sebagai gedung makanan negara berikutan import makanan negara adalah besar....

"Tak cukup jadi pelaku besar dalam negara, tetapi melangkaui lebih jauh, peringkat serantau dan global... lebih banyak syarikat ikonik seperti ini, maka lebih mudah kita tembusi pasaran dunia," katanya. Katanya, sejak dimulakan 53 tahun lalu, Felda membawa pembangunan pesat kepada masyarakat luar bandar dengan 113,000 keluarga peneroka dapat dikeluarkan daripada garis kemiskinan, malah ramai peneroka sudah mengubah suai rumah masing-masing menjadi lebih besar dan cantik.

"Perkembangan Felda begitu menggalakkan... kita tak akan berhenti setakat ini, kita nak jadikan Felda sebagai model ke arah kejayaan lebih besar. "Untuk 50 tahun akan datang, kita akan buka minda anak-anak peneroka untuk melihat segala kemungkinan yang tidak termimpi oleh kita, tetapi dengan peluang yang ada, kita mampu mencapai apa yang tidak terfikir," katanya.

Beliau berkata, pada masa depan, beliau juga tidak mahu melihat rumah Felda dalam bentuk asal, sebaliknya rumah yang lebih besar hasil daripada kejayaan peneroka.

teringat masa sambutan Hari Peneroka masa zaman aku kanak2 dulu.. seronok nya yg amat sangat.. teringat hari pertama jejak kaki ke tanah rancangan Felda...teringat masa mandi air paip pam.. huhuuh ni yg nk crying ni biila ingat.. huhuhu

teringat zaman2 susah...teringat camne adik aku sakit... banyak kenangan yg tercipta di FELDA MOAKIL, LABIS... rindu sangt2 zaman dulu2...

p/s : tahniah utk sekalian penduduk Felda dan peneroka2..Berbudi kepada Tanah

No comments: