sejak kebelakangan ni memang agak jarang nk update blog... tak tau la kenapa... mungkin mood kadang-kadang ke laut sikit kot lately ni... ok, fine !!! sementara tgh takde apa kat ofz sekarang... since keje pun dah siap n sementara tunggu waktu ofz berakhir beberapa minit lagi.. aku pun rerajin kan la mata ni baca n blogwalking... huhuhu then bukak satu blog ni n aku terbaca 1 entry tentang air.... wahhh menarik..... actually seriusly aku baru tahu tentang 1 statement mengenai air ni... sangat kolot aku kan.. hehehe ketinggalan zaman... meh kita share sesama k.... SHARING IS CARING.... "^_^"
Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun.
(sumber) ini.... erkkkkk maknanya dan kesimpulannya jangan la mengumpat waktu-waktu tengah minum ke...... makan ke........ lepak2 ke......ohhhh my!!!!!!
pastu aku terus klik kat link yang disharekan jugak.... banyak juga info2 yang bagus-bagus untuk dikongsi bersama...
- Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan 'penguin' kaum lelaki. Maka ini lah jawapan untuk menternak 'penguin' supaya ianya sihat dan kuat.
- Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah. Dan sarapan MESTI lah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Aku cadangkan makan OAT, tabur kismis secukup rasa dan campur susu low fat. Aku dah amalkan makan sarapan macam tu sejak selepas pantang, alhamdulillah, aku kenyang sampai ke tengahari. Kalau tak suka oat, boleh cuba Kellog's K atau Salad. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.
- Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.
- Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.
- Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.
- Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus kamu ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak tahu kenapa kau tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan kau banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.
- Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.
- Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.
- Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.
- Minum air untuk menjaga suara
- Minum air untuk menjaga organ dalaman badan
- Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Ehem.
- Minum air untuk mengelakkan mengantuk.
- Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. Aku faham maksud dia. Sebab kadang-kadang aku minum laju-laju, senak jugak dada.
- Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.
- Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.
- Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.
- Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.
- Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini aku rujuk kepada perangai buruk aku sendiri. Perkara ni aku baru tahu. Aku rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi.
- Merujuk kepada fakta di atas, baru lah aku faham fenomena penggunaan air yassin dan holy water. Ia dengar, rakam dan transfer balik. So peminum memang akan terkena effect-nya.
- Modal sebenar mesin air Bio-Aura hanyalah RM78. Mereka gunakan psikologi manusia yang tak suka minum air, cerita kan tentang kebaikan mesin tu, pancing dengan harga RM2000. Dah beli RM2000 mesti la nak minum air selalu kan. Padahal yang meningkatkan sistem tubuh hanyalah air yang boleh didapati di tempat lain selain mesin tersebut. Ini pun wajar kongsi.
(sumber di sini)
so pasni kena prihatin dengan air la........ hehehe
No comments:
Post a Comment