Wednesday, April 13, 2011

...CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT



Sharing Info....


CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT
 
Lakukan Perubahan kepada Tiga Perkara
 
    a) Pemakanan Anda
    b) Menu Harian Anda
    c) Aktiviti Fizikal Anda
 
UBAH PEMAKANAN ANDA
·     Makan ikut keperluan harian anda.  Ianya bergantung kepada umur, jantina , status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang
·     Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan  dan mengandungi lemak haiwan
·      Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
·      Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang  dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
·    Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air-kosong dan minum secukupunya ( sekurang-kurang 8 gelas sehari)
 
UBAH MENU HARIAN ANDA
·    Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur
·    Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera anda.
·     Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit & memakan masa )
·     Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap.
 
TINGKATKAN AKTIVTI FIZIKAL ANDA
·        Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari
·        Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki dan senamrobik.
·       Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal anda mengikut kemampuan secara  beransur-ansur
·       Gunakan tangga di tempat kerja
·       Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti  Program `Jom Bersenam’ , senamrobik dan sukan berpasukan.


 
 KEPERLUAN KALORI SETIAP HARI MENGIKUT UMUR
 
 
 
 
 
 
 
 psssttt : berdiet la secara sihat... :)
 
 
 

5 comments:

Mommy Farra said...

motif gmbo di atas ????
anda semakin kurus la...jeles saya...
berat saya skrg tak nk turun2 dh...huhu..sedih2...

syairahmohdanuar said...

nice tips! :D

syairahmohdanuar said...

tips hebat! :D

Redbloodsnow said...

nice info dear! :) tp kalau lah zie amalkan..KOMPOM semakin melidi zie..haha

Azalina M.Salleh said...

fara : ko tak yah la ngada nk kurus2 ling.. aku yea la muka dah bulat.... huhuhu
Sya & zie : nk gak try guna info ni.. ntah berjaya @ tak..kihkih