Sharing Info....
CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT
Lakukan Perubahan kepada Tiga Perkara
a) Pemakanan Anda
b) Menu Harian Anda
c) Aktiviti Fizikal Anda
UBAH PEMAKANAN ANDA
· Makan ikut keperluan harian anda. Ianya bergantung kepada umur, jantina , status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang
· Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan mengandungi lemak haiwan
· Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
· Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
· Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air-kosong dan minum secukupunya ( sekurang-kurang 8 gelas sehari)
UBAH MENU HARIAN ANDA
· Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur
· Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera anda.
· Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit & memakan masa )
· Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap.
TINGKATKAN AKTIVTI FIZIKAL ANDA
· Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari
· Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki dan senamrobik.
· Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal anda mengikut kemampuan secara beransur-ansur
· Gunakan tangga di tempat kerja
· Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti Program `Jom Bersenam’ , senamrobik dan sukan berpasukan.
KEPERLUAN KALORI SETIAP HARI MENGIKUT UMUR
psssttt : berdiet la secara sihat... :)
5 comments:
motif gmbo di atas ????
anda semakin kurus la...jeles saya...
berat saya skrg tak nk turun2 dh...huhu..sedih2...
nice tips! :D
tips hebat! :D
nice info dear! :) tp kalau lah zie amalkan..KOMPOM semakin melidi zie..haha
fara : ko tak yah la ngada nk kurus2 ling.. aku yea la muka dah bulat.... huhuhu
Sya & zie : nk gak try guna info ni.. ntah berjaya @ tak..kihkih
Post a Comment