Thursday, May 2, 2013

... Saya Belajar... 'Kenangan Tetap Menjadi Kenangan....'




malam rabu ari tu kemas-kemas kotak lama sebab nk cari Buku Bank.. tapi yang dicari tak jumpe yang jumpe nye lain..

sesuatu yang menjadi kenangan, sejauh mana kita berlari untuk meninggalkan nya tetap akan jadi kenangan...
Kenangan yang banyak mengajar tentang kehidupan, dan kenangan yang banyak mengajar untuk terus menjadi lebih matang...

secebis kertas yang mengandungi banyak maksud...
tentang hati dan tentang perasaan..



Saya Belajar
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintai saya
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai...

Saya Belajar
Bahawa perlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan
dan beberapa detik saja untuk meruntuhkannya...

Saya Belajar
Bahawa kadangkala orang yang saya anggap jahat
adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya dan begitu perihatin...

Saya Belajar
Bahawa sahabat sejati senantiasa tumbuh segar walau dipisahkan jarak dan waktu
dan beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati...

Saya Belajar
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perasaan seperti yang saya inginkan bukan beerti dia tidak mencintai saya...

Saya Belajar
Bahawa sebaik-baik pasangan
Mereka pasti pernah melukai pasangannya...
dan untuk itu, kita harus memaafkan...

Saya Belajar
Bahawa saya harus mengampuni diri sendiri kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah...

Saya Belajar
Bahawa tidak ada masalah seberapa buruk patah hati itu
kerana dunia tidak akan berhenti gara-gara kesedihan saya...

Saya Belajar
Bahawa saya tidak dapat merubah seseorang
Melainkan bergantung pada diri sendiri...

Saya Belajar
Bahawa Persekitaran itu dapat mempengaruhi persekitaran daya
tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya lakukan...



dah hampir 10 tahun kenangan ini berlalu... kenangan tetap akan menjadi kenangan... terima kasih kepada si dia kerana mengajar saya banyak perkara...


lots of luv,
~nms~


Tuesday, April 30, 2013

... mencari dan membina kekuatan..





assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


tetiba terpanggil untuk menaip entry pada pagi ini..

di atas keadaan ekonomi sekarang diri tetiba terpanggil untuk mengorak langkah merubah keadaan dan situasi sekarang.. sedang membina kekuatan dan semangat utk terus berjuang....

sekarang bisness online membangun dengan pesat.. hanya di hujung jari...

insyaallah, saya juga cuba untuk merubah nasib diri dan insyaallah keluarga...

Doakan saya...

apa yang akan saya buat??? insyaallah dalam masa terdekat ini...


^_^ Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan ku..



Saturday, April 27, 2013

....sehari di ZOO NEGARA






aku tak tau dah nk betulkan macammana... 

macam2 gaya untuk mendaptkan pose terheybat.. - mala



Rasa dah lama sangat x pergi TAMAN ZOO NEGARA kat KL nie...tapi di atas cadangan mala yang berkehendakkan membawa anak nye berjalan ke sana, jadinya the plan was run smoothly....

Ahli rombongan ari ni turut disertai oleh Mala n baby Kaleela, Nurul, fakhrul & baby Arissa n tinie & baby Ayden...happy n enjoy coz lama x hang out dengan mereka semua... ^_^

Cuaca sangat panas hari ni...jd x sabar  k smpai umah...nak mandi...hehe


Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 16, 2013

...BBPlus Collogen



Lets care your Health, Lets care your Beauty.....
Disamping untuk cantik, kesihatan juga sgt penting.... cantik itu bermula dr dalam...

selanjutnya to be continue...


 
Published with Blogger-droid v2.0.10