Friday, December 30, 2011

... segmen review blog by KIZ.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan
 

JOM RERAMAI JOIN... KLIK SINI OKEYS..


P/S : HAHAHA rasanya ni first time join segmen2 kat blog. hehe berubah angin kot....
        salam tahun baru uollsss...





Thursday, December 29, 2011

...rekreasi petang khamis : berkanu




Seyes ari ni dok ofz mcm xde orang bekerja je. Rasa aman damai. Bagus klu setiap ari seperti ini.

So ptg td plan nk jejalan tasik je, tup2 mcm best je klu bersampan. Hehe

Hehe sonok la, next time nk cuba lagi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 25, 2011

... VaNadia & Edy Engagement Day







alhamdullillah selesai sudah satu episod perjalanan hidup nadia.. so dear another step to move...


"Selamat Bertunang & Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.... semoga berjaya menempuh alam yang baru ini dengan penuh kematangan dan penuh kesabaran...."






Nadia bersama dayang2.... Nadia look gorgeousss sangat

... aku tak tau camne gmbr ni lak tetiba leh terbalik... penat dah adjust. hehe

Pasangan baru bertunang.... tahniah both of u :)
Tahniah to beautiful NADIA & EDY for ur Engagement Day... hope it bring happiness ever after. :)



Hantaran Perempuan kepada Lelaki 

Hantaraan Lelaki kepada Perempuan... 

... aku pun tak faham kenapa gmbar ni jd camni. :( ... penat dah adjust. 


sekian.... 
aku ngantuk.. nak tido








Saturday, December 24, 2011

... Siapa Sangka



Tak siapa boleh menduga ape yang jadi ada kalanya tanpa pernah kita duga.. Sejauh mana kita sayang dan menjaga sesuatu tpi jika ditakdirkan ia bukan la hak kita, ia tetap bukan untuk kita.

Tipu kalau aku tak pernah kisah, tipu la juga klu aku kata aku tak pernah sedih. Aku rasa down sangat sebenarnya. Aku sedih sangat dengan ape yang jadi. Bertahun aku cuba faham n redha segalanya. Tapi tak siapa menduga, semua adalah takdir Allah s.w.t

Pengalaman sangat mendewasakan. Semoga hati ini sentiasa redha..



Published with Blogger-droid v1.7.4

... Bridal Bouquet




Bridal Bouquet fresh flower fo my lovely sister @ VaNadia.

Congratulations sis for ur engagement day.


;)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 17, 2011

... kisah saya dan bunga 16.12.2011






Salam semua my frewn.

Semalam lepas keje gegas balik mandi n salin baju g kedai untie sbb untie minta tolong buat bunga main table utk pengantin n arch untuk wedding di Hotel UiTM.

Tp rupenya smpai kedai kena tolong siapkan hantaran dulu, agak kelam kabut jugak la. Hehe tapi gambar hantaran tu x sempat capture sbb nk cepat jd kelam kabut sikit. Nnti aku tgk kat website MEKSU aku copy ke. Hehe

So, bunga utk bunga main table pengantin tu guna bunga gebra. Gambar tu sepatutnya bunga letak kat meja n yg depan tu akan dijuraikan ke bawah. ;) tp gambar yg complete x sempat amik sbb gegas2 nk balik tengok citer Merlin ;)

Gambar ke3 & 4 tu gambar arch. Oleh sbb budget ciput, diaorg request guna daun je. Daun yang guna untuk arch tu daun Muraya. Daun tu cantik sangat utk buat arch. Lagi rimbun lagi cantik ;)

So sekian je kisah saya & bunga ;)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 14, 2011

... Topik pagi ini

kalau tak silap topik di Suria pagi ini adalah "PERLUKER MENGUNDANG EX-BF @ EX-GF KE MAJLIS PERKAHWINAN"  hmmmmmmm


komen aku...
aku pun tak tau la nk jemput ke tak... sebab nya aku mmg meng'lost' contact kan semua ex-bf aku dalam hidup aku... bukan setakat fb, twitter or so what ever... tapi semua termasuk pandangan mata aku..
ade sorang ex-bf aku ni beria2 add aku kat fb banyak kali.. tapi sorry bro, sekali ko buang aku dalam hidup ko sejuta kali aku buang ko dalam hidup aku even aku tak hingin langsung nk tau perkembangan @ penguncupan life ko sekarang. hehe


senang kata sekali break up dengan mereka, aku harap aku takkan ade ape jua jenis bentuk hubungan dengan mereka.. senang kan.. hati pun tak parah, hidup tetap di teruskan... jadi hiduplah dengan kebahagiaan dan keamanan... :) so komen aku untuk topik pagi ini.. tak perlu la kot nk jemput2.. cukup la hati yang sakit ditinggalkan, tak perlu la menangis sebb melihat pelamin angin sendiri yang musnah kan. hehe

Tuesday, December 13, 2011

... thank u





Sekarang ni xkan ade sape yang boleh fahan dan tahu ape yang aku rasa sekarang. Setelah sekian lama nape baru sekarang nk cakap 'statement' macam tu. Hancur luluh hati aku, rasa musnah harapan aku.. Thanks sebab buat aku mcm ni, tak ternilai rasanya nilainya. Tq



Mengambil pepatah yang aku reka & karangan melayu lama 'kalau diri tak sekuat pantai, jangan lautan hendak diduga' sekarang baru ku tahu.. :)


Semoga aku kuat semangat..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 11, 2011

... seni tangan saya




Lama tak citer tentang kisah saya dan bunga kat dalam blog kan.. Ehemmmm let's start. Hehe so al-kisahnya jumaat malam untie ajak buat bunga untuk stage kat Perpustakaan Raja Tun Uda (kalau tak silap la. Hehe...) ala library baru yang mewah tu, yang terletak kat Kelas SAAS sek. 13, Shah Alam ada Majlis Perasmian Bangunan baru oleh Sultan Selangor tadi pagi..

Gubahan stage kali ni simple je.. Sekejap je dah siap. Hehe pas tu g makan kat My Steak's House dengan untie, Sylver n kawannya Fifi.. Borak punya borak dekat kol 12 la jugak baru gerak balik umah, yang tak tahan tu leh lak citer sal hantu2, kesudahannya aku yang seram nk drive balik sesorang. Hehe parahhh ;)

Tadi plak tolong untie kat kedai, alhamdullillah ramai gak customer, tak berhenti gaklah tangan ni buat keje smpi kol 8.30 td baru balik.. Penat memang penat tp seronok sangat. Bila dengan bunga ni, hati rasa tenang je ;)

Meh aku explain sal gambar kat atas ;
Gambar 1st & 2nd tu gambar stage yang kitaorang buat. Sebelah sylver buat, sebelah lagi aku. Stage kecik je, so 1 jam dah siap :)

Gambar yang 3rd tu saje ke aku gedik posing2 kat kusi library yang best tu.. Boleh menyorok tido dlm kusi tu. Rasa nk beli je 1 letak kat umah ;)

Gambar last tu, gambar tadi aku wat sirih junjung untuk orang tunang. Sebenarnya pg td ade gak aku buat bunga in basket untuk orang sakit, riben kereta, hantaran kawen memacam lah. Senang kata kat kedai td mmg bz ;) . Asyik bz buatkan utk org je kan, utk sendiri x tau la :(


Tu je la nk citer utk ri ni. Apepun tq kat en.BB sebab belanja Fatty Crab. Alhamdullillah kenyang



Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

... Ombak rindu






Demam ombak rindu ye.. Hehehe yessss!!!!! Malam ni kali ke-2 aku tengok ombak rindu..hehehe pedulikkk ape aku kan

Yang penting tak sabar nk tgk lg citer ni.. Must prepare tisu siap2, yang penting aku suka tgk view dlm citer ni.. N lagu tema yg menusuk kalbu.. Aku nangis sbb dgr lagu yg shahdu tu ;'(




Published with Blogger-droid v1.7.4

... 7.12.2011




Lama dah tak update blog, sorry la kebelakangab ni mood berfikir kurang, sbb banyak benda2 yang lebih utama harus difikirkan..

Maaf lah blog terpaksa mengabaikan kamu sementara waktu..


ALHAMDULLILLAH.
7.12.2011 datang lagi.. Selamat Ulangtahun kepada my. En. BB, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t..Semoga kamu sentiasa dirahmati, diberkati dikurniakan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Keberkatan dan keredhaan hidup yang kamu inginkan.. Semoga segala hajat yang baik akan dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah s.w.t


Saya tahu kamu lama inginkan ini.. Jadi ini hadiah yang paling best utk kamu tahun ini.. Maaflah takde surprise parti untuk kamu tahun ini..



Akhir kata L.U.S.M ;)



Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 30, 2011

... PELAJARAN PADA HARI INI

SUSAH @ SENANG.... itu bukan persoalan...

tapi ape yang aku dapat belajar sejak kebelakangan ini... sangat berharga... aper pun terjadi BELAJARLAH UNTUK HIDUP SENDIRI TANPA MENGHARAP PERTOLONGAN @ BELAS IHSAN DARI ORANG LAIN...


senang kata kalau rasa diri kau tu tak penting janganla sekali-sekali kau nak terhegeh2 minta tolong ataupun minta orang lain faham keadaan kau... sampai kau mati pun tak tentu lagi orang anggap kau tu penting... bak kata puiiiiihhhh meludah ke langit terkena muka sendiri.. hahaha sooooo pity of u....
so kau duduk je diam-diam buat keje sendiri sambil terkulat2..

haha kesian dengan diri sendiri...

# aku mmg susah nk terasa dengan perangai "orang" tu... tapi kadang2 bila aku mula "terasa" makan dalammmmm sangat...

sekian, wabillahitaufik wahidayah wasalamualaikum w.b.t

Tuesday, November 29, 2011

... Kisah sebuah cerita :(




Tetiba teringat 1perkara ni...

Kadang-kadang hati siapa tak rasa sentap @ terguris kan bila orang bertanya & berkata "kenapa tak kawen lagi", "jangan la memilih sangat nanti tak laku" n blablabla.. Arghhh seyes tensi ok..

Tapi kita sebagai manusia ni pun harus sedar, ape yang kita harap, impi dan idamkan belum tentu kita akan dapat, sedangkan rezeki dlm tangan pun boleh terlepas inikan pula benda yg kita tak nampak..

Dulu... Masa aku baru habis belajar dulu, aku ade bf. Mmg aku sayang dia.. Walaupun dia comel n aku ade jugak gelaran paling comel utk dia (korang nk tau ke? Hehe takpe la segan nk tulis sini tpi sumpah mmg comel nickname dia ;) ) tapi aku terima dia bukan jodoh aku.. N aku target umur aku 25 aku akan kawen, tp bukan jodoh aku ;) .. Jadi aku sambung belajar sbb nk lupekan kekecewaan, bz kan diri study siang malam. Malam kelas, siang keje weekand belajar. Rasa cam heybat giler aku time ni, dah mcm superwoman dah ;)... Tapi sekarang itu bukan isunya lagi, sekarang dah terlajak banyak ni.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak UMUR takleh naak watpe dah..huahuahua nk nangis..

Kesimpulannya, HATI MENANGIS TAK SIAPA TAU.. :'(



#HANYA ALLAH YANG TAHU.. HANYA ALLAH S.W.T YANG TAHU TENTANG ATURAN HIDUP HAMBANYA.. berdoa dan berdoalah, tawakallah, insyaallah...

"disembunyikan matahari dan diberikan kita hujan, lalu kita mengeluh dan menangis mencari di mana mentari kita, namun siapa mampu menduga kemudiannya dikurniakan kita PELANGI yang sangat INDAH..."




Published with Blogger-droid v1.7.4

...cinta hati baru keluarga kami..



ALHAMDULLILLAH, 22 November 2011 jam 2.46 petang seorang bayi lelaki yg sihat dan comel seberat 2.5kg selamat dilahirkan sempurna sebagai pengikat kasih kami sekeluarga, terutama sekali kepada adik aku & suaminya.. Tahniah dan jagalah amanah Allah s.w.t ini dengan sebaiknya..


Tp sedih sbb semalam dpt call dr abah masa aku odw balik dr kampung yg adik aku n bby masuk hospital semula sbb adik aku kena tekanan tinggi n bby ade kuning sikit.. Semoga segalanya akan selamat sentiasa..

Gmbr masa bby usia 5 hari.. Kpd MOHAMAD NAQIUDIN MOHD NAZIR semoga kamu menjadi anak yg baik dan kebanggaan keluarga 1 hari nanti ;)

Kepada adik aku, alin.. Jaga diri bebaik, jangan bnyk gerak k.. Tk cr always.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 22, 2011

... Go GREEN, Go CLEAN!!!!



Sempena Hari Kualiti & OSHE SIRIM Berhad & Majlis Perhimpunan dapat kupon makan.. Tema Green..
Paper bag makanan pun hijau menyala... Terang bijik mata aku..sebatu dh nmpak aku klu bwk paper bag ni.. Hehe


Nak tau x isi dalam dia.. Ada air kotak, buah epal hijau & sandwich.


Published with Blogger-droid v1.7.4

.. ALHAMDULLILLAH #HARIMAUMUDA mengaummm




Alhamdullillah, akhirnya rezeki memihak kepada kita MALAYSIA.. Ini membuktikan pemain kita mempunyai semangat juang yg tinggi dan jitu.. Walau ape jugak halangan n hinaan yg dilemparkan dr peminat n penyokong tuan rumah yg pendek akal tu, @khirnya kita berjaya memenangi RAJA SEGALA EMAS di SUKAN SEA 2011.


TAHNIAHHHH dari kami rakyat MALAYSIA kepada anda semua #HARIMAU MUDA...uolls mmg terbaekkkkk!!!!


Untuk games kali ni kitaorang berkampung kat umah fakhrul, siap pasang lcd n bwk potluck lg.. Aku sempat gak masak spegetti.. Hehe


Rasa seronok sangat bila Malaysia dapat jaringkan gol melalui asra.. Dan kemenangan melalui panalti.. Tahniah kepada badrol baktiar (bb okeys. Hehe) kerana menjadi penyelamat.. Tahniah juga kepada Khairul Fahmi kerana menjaga gaung Malaysia.

proud to be MALAYSIANNNNN



Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, November 20, 2011

... Hiasan bilik pengantin




Bila dah musim cuti, musim kawen pun macam cendawan tumbuh.. Sabtu lepas balik dr office coz ade majlis kat sana terus g kedai untie tolong wat hantaran kawen..

Aku mmg suka bab yg melibatkan bunga ni, rasa damai je hati, wlaupun sakit tercucuk duri ;)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, November 19, 2011

"Kasih Dititip Budi Disemai"




Hujung minggu saya di Majlis Penyampaian Sijil, Hadiah & Persembahan TASKA, SIRIM Behad..


Yang gambar 1st tu, nampak tak bos aku tu. TUDUNG OREN..
Kak wie kena bertugas, terpaksa bawak adam. Hehe

Comel kanak2 ni dgn macam2 persembahan, gaya & pakaian.

Aku sampai menguap2 sebab perut lapar. Hahaha


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 10, 2011

... Happy Beautiful Birthday, HANI .09.11.2011

ALHAMDULLILLAH... setelah plan yang dirancang selama kurang seminggu, plan kitaorang menjadi la jugak nk wat surprise party si hani ni... actually ini untuk menghargai persahabatan kitaorng selma ini. INSYAALLAH kalau ade rezeki kita akan celebrate semua birthday ahli2 yang ade.. tapi malam tu memang happening.. tak sangka kitaorang leh lepak2 sesama tak sedar jam dah menunjukkan pukul 12 lebih tngah malam.. nasib la esok keje klu tak mau nya kitaorang melepak sampai ke subuh.

hehe takcaya kitaorang leh ceroboh umah hani dengan keizinan suaminya roy..hehe plan yg sangat menjadi :)



* kek birthday hani * 
pilihan aku bersama ain :) CHOCOLATE BANANA
lilin tu sepatutnya 29 .hehe terlupe nk snap sebelum cukuk lilin

* the kek and 29 lilins..... hehe *

* masa ni tuan rumah kat luar..hehe kitaorg wat cam umah sendiri. hehe :) *

* time ni dah dengar suara tuan rumah...hahaha mengelabah sampai menggigil2 tangan nk pasang api. hehe *

* hah!!!!!! terkejut tak? hehehe kuat dowh ko glak. hehehe * 


* alamak terbalik lak.. birthday girl yg tengah tu k. hehe *

menu pada malam itu. :) pizzaa dominos, kopok2 n jajan2...

* all of us on the day * 
lama tak kumpul reramai camni ... enjoy sangat n yg paling best newly mummy yg bru 40 hari berpantang pun turut serta..... seronokkkk sangat....

* leela sangat sporting dikerumuni bersama kami semua... elok je tido. hehe *

 * ehemmmm nk iklan sikit ni..... nmpak beza tak muka saya. hehehe itulah hasilnya selama sebulan pakai VCO..... sangat berpuas hati..... *

* me, birthday girl & our junior backpackers *

* sambil tengok gambar studio kami..... :) *

* layan MAHARAJA LAWAK MEGA... *

* time to BACK HOME.... dalam lif pun menyempat.... *




freeennndddd exciteed sangat malam tadi..... nnti kita lepak2 lg k.... :)





My dear little hani, happy birthday.... semoga Allah s.w.t memberkati persahabatan kita.. Semoga dirimu dikurniakan kesihatan, kesejahteraan & kebahagiaan hidup yang berpanjangan...