Friday, December 30, 2011

... segmen review blog by KIZ.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan
 

JOM RERAMAI JOIN... KLIK SINI OKEYS..


P/S : HAHAHA rasanya ni first time join segmen2 kat blog. hehe berubah angin kot....
        salam tahun baru uollsss...





Thursday, December 29, 2011

...rekreasi petang khamis : berkanu




Seyes ari ni dok ofz mcm xde orang bekerja je. Rasa aman damai. Bagus klu setiap ari seperti ini.

So ptg td plan nk jejalan tasik je, tup2 mcm best je klu bersampan. Hehe

Hehe sonok la, next time nk cuba lagi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 25, 2011

... VaNadia & Edy Engagement Day







alhamdullillah selesai sudah satu episod perjalanan hidup nadia.. so dear another step to move...


"Selamat Bertunang & Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.... semoga berjaya menempuh alam yang baru ini dengan penuh kematangan dan penuh kesabaran...."






Nadia bersama dayang2.... Nadia look gorgeousss sangat

... aku tak tau camne gmbr ni lak tetiba leh terbalik... penat dah adjust. hehe

Pasangan baru bertunang.... tahniah both of u :)
Tahniah to beautiful NADIA & EDY for ur Engagement Day... hope it bring happiness ever after. :)



Hantaran Perempuan kepada Lelaki 

Hantaraan Lelaki kepada Perempuan... 

... aku pun tak faham kenapa gmbar ni jd camni. :( ... penat dah adjust. 


sekian.... 
aku ngantuk.. nak tido








Saturday, December 24, 2011

... Siapa Sangka



Tak siapa boleh menduga ape yang jadi ada kalanya tanpa pernah kita duga.. Sejauh mana kita sayang dan menjaga sesuatu tpi jika ditakdirkan ia bukan la hak kita, ia tetap bukan untuk kita.

Tipu kalau aku tak pernah kisah, tipu la juga klu aku kata aku tak pernah sedih. Aku rasa down sangat sebenarnya. Aku sedih sangat dengan ape yang jadi. Bertahun aku cuba faham n redha segalanya. Tapi tak siapa menduga, semua adalah takdir Allah s.w.t

Pengalaman sangat mendewasakan. Semoga hati ini sentiasa redha..



Published with Blogger-droid v1.7.4

... Bridal Bouquet




Bridal Bouquet fresh flower fo my lovely sister @ VaNadia.

Congratulations sis for ur engagement day.


;)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, December 17, 2011

... kisah saya dan bunga 16.12.2011






Salam semua my frewn.

Semalam lepas keje gegas balik mandi n salin baju g kedai untie sbb untie minta tolong buat bunga main table utk pengantin n arch untuk wedding di Hotel UiTM.

Tp rupenya smpai kedai kena tolong siapkan hantaran dulu, agak kelam kabut jugak la. Hehe tapi gambar hantaran tu x sempat capture sbb nk cepat jd kelam kabut sikit. Nnti aku tgk kat website MEKSU aku copy ke. Hehe

So, bunga utk bunga main table pengantin tu guna bunga gebra. Gambar tu sepatutnya bunga letak kat meja n yg depan tu akan dijuraikan ke bawah. ;) tp gambar yg complete x sempat amik sbb gegas2 nk balik tengok citer Merlin ;)

Gambar ke3 & 4 tu gambar arch. Oleh sbb budget ciput, diaorg request guna daun je. Daun yang guna untuk arch tu daun Muraya. Daun tu cantik sangat utk buat arch. Lagi rimbun lagi cantik ;)

So sekian je kisah saya & bunga ;)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 14, 2011

... Topik pagi ini

kalau tak silap topik di Suria pagi ini adalah "PERLUKER MENGUNDANG EX-BF @ EX-GF KE MAJLIS PERKAHWINAN"  hmmmmmmm


komen aku...
aku pun tak tau la nk jemput ke tak... sebab nya aku mmg meng'lost' contact kan semua ex-bf aku dalam hidup aku... bukan setakat fb, twitter or so what ever... tapi semua termasuk pandangan mata aku..
ade sorang ex-bf aku ni beria2 add aku kat fb banyak kali.. tapi sorry bro, sekali ko buang aku dalam hidup ko sejuta kali aku buang ko dalam hidup aku even aku tak hingin langsung nk tau perkembangan @ penguncupan life ko sekarang. hehe


senang kata sekali break up dengan mereka, aku harap aku takkan ade ape jua jenis bentuk hubungan dengan mereka.. senang kan.. hati pun tak parah, hidup tetap di teruskan... jadi hiduplah dengan kebahagiaan dan keamanan... :) so komen aku untuk topik pagi ini.. tak perlu la kot nk jemput2.. cukup la hati yang sakit ditinggalkan, tak perlu la menangis sebb melihat pelamin angin sendiri yang musnah kan. hehe

Tuesday, December 13, 2011

... thank u





Sekarang ni xkan ade sape yang boleh fahan dan tahu ape yang aku rasa sekarang. Setelah sekian lama nape baru sekarang nk cakap 'statement' macam tu. Hancur luluh hati aku, rasa musnah harapan aku.. Thanks sebab buat aku mcm ni, tak ternilai rasanya nilainya. Tq



Mengambil pepatah yang aku reka & karangan melayu lama 'kalau diri tak sekuat pantai, jangan lautan hendak diduga' sekarang baru ku tahu.. :)


Semoga aku kuat semangat..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 11, 2011

... seni tangan saya




Lama tak citer tentang kisah saya dan bunga kat dalam blog kan.. Ehemmmm let's start. Hehe so al-kisahnya jumaat malam untie ajak buat bunga untuk stage kat Perpustakaan Raja Tun Uda (kalau tak silap la. Hehe...) ala library baru yang mewah tu, yang terletak kat Kelas SAAS sek. 13, Shah Alam ada Majlis Perasmian Bangunan baru oleh Sultan Selangor tadi pagi..

Gubahan stage kali ni simple je.. Sekejap je dah siap. Hehe pas tu g makan kat My Steak's House dengan untie, Sylver n kawannya Fifi.. Borak punya borak dekat kol 12 la jugak baru gerak balik umah, yang tak tahan tu leh lak citer sal hantu2, kesudahannya aku yang seram nk drive balik sesorang. Hehe parahhh ;)

Tadi plak tolong untie kat kedai, alhamdullillah ramai gak customer, tak berhenti gaklah tangan ni buat keje smpi kol 8.30 td baru balik.. Penat memang penat tp seronok sangat. Bila dengan bunga ni, hati rasa tenang je ;)

Meh aku explain sal gambar kat atas ;
Gambar 1st & 2nd tu gambar stage yang kitaorang buat. Sebelah sylver buat, sebelah lagi aku. Stage kecik je, so 1 jam dah siap :)

Gambar yang 3rd tu saje ke aku gedik posing2 kat kusi library yang best tu.. Boleh menyorok tido dlm kusi tu. Rasa nk beli je 1 letak kat umah ;)

Gambar last tu, gambar tadi aku wat sirih junjung untuk orang tunang. Sebenarnya pg td ade gak aku buat bunga in basket untuk orang sakit, riben kereta, hantaran kawen memacam lah. Senang kata kat kedai td mmg bz ;) . Asyik bz buatkan utk org je kan, utk sendiri x tau la :(


Tu je la nk citer utk ri ni. Apepun tq kat en.BB sebab belanja Fatty Crab. Alhamdullillah kenyang



Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

... Ombak rindu






Demam ombak rindu ye.. Hehehe yessss!!!!! Malam ni kali ke-2 aku tengok ombak rindu..hehehe pedulikkk ape aku kan

Yang penting tak sabar nk tgk lg citer ni.. Must prepare tisu siap2, yang penting aku suka tgk view dlm citer ni.. N lagu tema yg menusuk kalbu.. Aku nangis sbb dgr lagu yg shahdu tu ;'(




Published with Blogger-droid v1.7.4

... 7.12.2011




Lama dah tak update blog, sorry la kebelakangab ni mood berfikir kurang, sbb banyak benda2 yang lebih utama harus difikirkan..

Maaf lah blog terpaksa mengabaikan kamu sementara waktu..


ALHAMDULLILLAH.
7.12.2011 datang lagi.. Selamat Ulangtahun kepada my. En. BB, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t..Semoga kamu sentiasa dirahmati, diberkati dikurniakan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Keberkatan dan keredhaan hidup yang kamu inginkan.. Semoga segala hajat yang baik akan dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah s.w.t


Saya tahu kamu lama inginkan ini.. Jadi ini hadiah yang paling best utk kamu tahun ini.. Maaflah takde surprise parti untuk kamu tahun ini..



Akhir kata L.U.S.M ;)



Published with Blogger-droid v1.7.4