Tuesday, December 4, 2012

... Family Holiday 2012 : Cameron Highlands (^_^)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....


Alhamdullillah atas segala nikmat Allah yang diberikan....


Actually citer basi... banyak sangat yang berlaku sejak kebelakangan ni... ade sedih, ade gembira, ade duka, ade pahit, ade manis.... hidup penuh dugaan....

entry kali ni cerita 2 minggu lepas.. percutian bersama family ke Cameron Highlands untuk kali ke-2 bersama family... secara jujurnya saya tak pernah bosan dengan CH... banyak kenangan di sana... dan kenangan semakin bertambah tidak pernah berkurang.... percutian kali ni Along yang sponsor plak.. hehehe coz 2009 ari tu saya sponsor.. alhamdulillah cuaca sangat nice... cuma kecewa sikit sebab CH tak sesejuk dulu-dulu.... ("_")

awalnya aku tak rancang utk turut serta sbb tak apply cuti... tapi bila mak abah asyik tanya je, so tak best la plak tak dpt join... tapi percutian kali ni pun tak berapa best juga sbb adik2 tak join sorang abang pun tak dapat turut serta... tapi tak pe la sebab next time kita g tempat lain plak.. hehehe abah request nk g LANGKAWI.. okey nnti kita plan key... hehehe

HARI PERTAMA


ni je ahli wal-jamaah...
singgah kat Lata Iskandar... minta tolong pak cik kat situ amikkan gambar family kitaorang.. hehehe



lepas dah check in semuanya... rehat sekejap, makan n minum petang, then gerak g MARDI.... kena bayar tiket RM 3.00
so gambar2 kat atas tu masa kat MARDI.......
kalau perasan gambar last tu tak de muka abah... sebab abah dah jumpe kawan dia, so dia malas nk bergambar... bapak aku kat mana dia pergi jadi aje kawan dia.......... hehehe

then macam biasa la bila malam g pasar malam BRINCHANG... shoping2 utk adik2 yang tak dapat ikut and shoping barang makan..........


HARI Ke-2


tempat favourite Ladang Teh Boh.....

Cactus Valley.........

menyempat berposing kat Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands.

HARI ke-3

odw turun nk balik tu singgah kat BHARAT mengeteh n makan Karipap........ wajib... i likeee...
then singgah kat Bee Farm...... bergambar dengan bunga matahari yang sebesar muka aku ....

masa odw balik, hujan sangat lebat..... kesian anak buah aku tak dapat mandi air terjun...... hehehehehe
tapi sekarang bahaya la mandi air terjun...........
nnti kita g mandi-manda kat Wet World i-CITY la ye.. hehehe

sekian , kisah percutian untuk kenangan masa hadapan.....
"(^_^)"







Tuesday, November 6, 2012

... Mari membaca : Indahnya Hidup Bersyariat

Selamat bosan nak balik awal rumah, so berjalan sorang diri di SACC tu...kalau kat situ mana je yg boleh pergi kan..so terjah n berlama2 kat MPH, SO I GOT 1 BOOK.."INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.." By Ustaz Ismail Kamus..seriusly dan alhamdullillah banyak yang kita dapat pelajari daripada buku ini..Panduan-panduan asas untuk membaiki diri..

So korang yang belum dapatkan buku ini better you get 1 okey ^_^ insyaallah tak sia-sia..asyik baca novel je kan, sekali sekali tambah ilmu rohani pula :)


... Ain & Lan Big LUVLY Day 4.11.12



Alhamdullillah..........
Akhirnya selamat juga kami ber4 tiba di lokasi penyatuan kasih antara Norain & Sahlan @ AIN & LAN di Felda Keratong 5, Pahang.... ahli jemputan hanya disertai seramai 4 orang sahaja kerana yang lain-lain ade komitmen masing-masing yang tidak dapat dielakkan....


Kami bertolak dari Shah Alam ke Felda Keratong 5 jam 10.30 pagi tolak campur isi minyak semua dalam 11 pagi gerak keluar dari tol.. so alhamdullillah perjalanan lancar dan kami tiba lebih kurang jam 2 petang..... dan pada waktu yang sama juga rombongan pihak lelaki tiba di rumah pihak pengantin perempuan.

sampai-sampai harus ko gedik-gedik dulu.... gedik setakat amik gambar jer.. hehehe

duduk lama sangat dalam kereta amikkk ko baru renyuk 1000..
amik gambar sebelum masuk halaman umah pengantin... hehe
nampak aku seperti membongkok kan, sbb konon2 leh budget sama rendah mcm nurul n hani la konon.. kihkihkih

tgh makan dapat gift ni... wahhhhhh best sebab ade macam2 dalam ni (^_^)

posing kat pelamin nikah sementara tunggu Pengantin masuk utk potong kek.....
duduk rehat juga sebelum gerak balik......

yessss posing time.........
hover ko hani duduk atas tu........ hehehehe
aku nmpak gemuk sebab baju tu cotton kurung pahang hokeyyyy harus la nmpak aku gemukkkk :'(

another full photo weolls yang alhamdullillah dapat meraikan majlis bermakna ain & Lan.....
Ain u look gojes okey... mantooop gitu...

me n pengantin...
tapi aku tak berani la posing macam hani duduk atas kusi tu... hehehe
(^_^)

sesi-sesi memotong kek....



lepas pengantin potong kek kitaorang pun siap-siap untuk gerak balik........



* kepada Pasangan Pengantin "SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AIN & SAHLAN, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT, DIREDHAI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T SEPANJANG MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI & ISTERI........... "

Semoga ayah kamu cepat sembuh ye ain.......






Wednesday, October 24, 2012

... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012

 

 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA, SEMOGA ADHA TAHUN INI MEMBERI SERIBU RAHMAT DAN PENGERTIAN DALAM HIDUP KITA.......... "





Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111





Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


#sumber Kementerian Penerangan Malaysia



Wednesday, October 10, 2012

... Kursus Time :"KEMAHIRAN PEMIKIRAN BERKESAN"






ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA.....


alhamdullillah semalam dah tamat kursus saya selama 2 hari... 8-9 Oktober 2012....
lokasi kat office jer.. hehehe jadi la yang penting dapat belajar banyak perkara baru.. ^_^



my first impression bila dapat tau terpilih utk pergi kursus ni wass... alamak bosan nya kursus lagi.. hahaha
tapi bila dan mula kursus ohhhhh okey thisss is NICE.... seyes speaker kursus ni pandai amik hati kami2 yang kebanyakannya dipaksa rela utk attend this course.. sampaikan tak sedar masa cepat berlalu............
dari pada perkara-perkara basic sehinggala perkara2 yang tak terfikir oleh akal.......... hehehe and the best thing ceramah diselangselikan dengan latihan-latihan mengasah minda yang dah sedikit2 berkarat ni...... huhuhu so......... ITS FUNNNNN (^_^)

HK Loi... that's my speaker course name...
tajuk kursus... :"KEMAHIRAN PEMIKIRAN BERKESAN"
chewwy gum kononnya utk elak ngantuk... tapi hakikatnya tak ngantuk langsung topik ni...

cuba teka aper ni....
cantik sangat okey.. gambar ni amik guna instagram.. hehehe nk follow sy kat instagram... hehe
ini adalah loceng... akk sebelah aku kena jadi time keeper...
waktu break minum pagi kena bunyikan loceng... waktu break tghari kena bunyikan lagi and waktu tamat sesi jam 5 petang... the 1 thing the best of this speaker... he is so punctual... really punctual ^_^


okey kat bawah ni adalah antara latihan2 yang diberikan....... seronok bila setiap hari mengadap keje kali ni kita perah otak utk jd kreatif... hehehe

okey kat atas ni ant 2 dari latihan kitaorang...
nmpk tak gmbr lukisan itu.. yesss aku mmg tak pandai melukis, lebih2 lagi gmbar muka sendiri... hehehe
tapi lukisan itu menggunakan tangan kiri which is setiap orang kena lukis mengunakan bukan tangan yang normal digunakan... makanya itu la hasil nye lukisan sy.. wakakaka buruk kan...

latihan 2 : dlm gambr tu kita kena guna kretiviti utk cari bentuk bintang sempurna .... cer tengok korang jumpe tak...... hehehe jujurnya aku tak jumpe.. hahaha baru2 mmg minda tumpul lagi.. kihkihkih


Latihan 3 : "what you can get from half of EIGHT.... "

Latihan 4 : kira berasa segitiga sama yg korang leh dapat dari gambar rajah itu..


Latihan 5 : soalan2 pelik n jawapan menggunakan imaginasi kita...... contoh soalan "apakah warna hari isnin?", "Apakah rasa apabila mata digosok menggunakan kertas pasir"
 , "apakah rasa tengahari" dan macam2 lagi...

Latihan 6 : perkataan yang ditonggang terbalikkan (klue adalah binatang) contohnya : rasageli = serigala, banar = arnab dan lain-lain........

Latihan 7 : cari ape yang kita nampak dari gambar rajah tersebut
Latihan 8 : sambungkan titik-titik tersebut hanya menggunakan 4 baris lurus tanpa mengangkat pensil dan mengundurkan pencil... so nmpkan jawapannya tu... hehe

rajah ni perlu dibahagikan kepada 5 bahagian tanpa mengubah kawasan luar rajah tersebut...
n alhamdulillah kerana game ini kumpulan kami menang.. AWESOME.... hehehe

ni gambar masa presentation kumpulan...... hehehe belah kanan itu adalah presentation kami.... kump 2 sedang membuat presentation ^_^

alhamdullillah koleksi keychain bertambah........ sijil juga bertambah..... hehehe

tidak ketinggalan gambar setelah tamat kursus........
gaya bebas....... (^_^)
tie merah tu la Mr. Loi...

gambar kumpulan yang lebih sopan........
(^_^)


sekian sahaja ceritera mengenai kisah kursus saya kali ni...
nk bersiap nk g training Volleyball pulak...... huhuhu


xoxo,
nms


Wednesday, October 3, 2012

... TEATER : Lawak Ker Der 2......




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

rasa-rasanya dah lama blog ni sepi dari ceritera tentang TEATER kan....

so, here i come to share about teater yang sedang hangat diperkatakan........ AWESOME!!!!!


LOKASI : of courseeeee ISTANA BUDAYA...
TAJUK : LAWAK KER DER 2
TARIKH : 28 September 2012 (Jumaat)
MASA : 8.30 malam...


whattttt!!! jumaat????? yesssss and sooooo DAMMMM sebab perjalanan dari Shah Alam ke IB tentunya sangat-sangatlah jem nya... kalau boleh kereta for sure melekat muncung ke bontot.. ^_^ but!!!

ALHAMDULLILLAH & lucky me coz ada makhluk ALLAH yang sudi menghantar saya menggunakan motor nya... syukur hanya setengah jam je dah sampai IB... dan bersyukur jugak sebb sempat sampai dengan selamatnya tanpa meredah hujan... sebab odw tu da rintih2 hujan mula turun... ^_^

okey lupekan tentang perjalanan, let's start about the TEATER...


apa yang boleh dirumuskan antara LAWAK KER DER2 berbanding LAWAK KER DER 1, seriusly aku lebih suka lawak ke der 1...kecuali sangat suka HARITH iskandar nya lawak dalam LKD2 ni... lawak dia sangat intellectual okey... terasa2 terkena di batang hidung ku ini sendiri.. rasanya bukan setakat hidung aku, mungkin juga insan2 lain .. i LIKE!!!!! *_^

tarian GANGNAM style NABIL juga sangat mencurik hati penonton pada pembukaannya... hahaha terbayang sampai sekarang... hehehe

JOZAN pulak aku macam tak dpt nk faham sangat lawak dia mulanya but pusingan ke-2 tu yessss baru faham n ketawa sampai rahang muka aku rasa n k krem... what the fissshhh mereka ini.. hehehe

cuma agak kecewa dgn lawak BOBOI... :(
tak tau kenapa... aku rasa sgt bosan dgn lawak boboi...

yang aku tak tahan budak yang duduk belakang kitaorang tu sangatkan JAKUN okey.... i n anje just thinking "so pity of them... maybe this is first time masuk IB n tgk teater kot... "

gambar banyak kat DSLR pupet.. yang ada ni pun amik melalui TAB je.. so layan la ape yg ade.. hehe
janji ade kenangan...


snap sana sini before enter the teater...

seeee amik banner BOBOI lak tu... tapi hampa *_*
okey muka aku di sini sgt bulat okey... fuhhhhh


posing2 ngan anje kat kafe ^_^
anje saya rembat ni kat fb awak... hehehehe

ngan pupet kat tangga masuk ke teater hall ^____^

JUST 3 of US.... selalu kak la akan join the teater... tapi sebb tgh berpantang... kami ber3 je la.. hehe

ohhhh AWESOME kan..
sempat rembat this SHAWL dengan harga RM18...
beli sebab ada logo IB...



so itu je la yang dapat dirumuskan tentang ceritera TEATER kali ini...
kepada sesiapa yang belum menonton ari ni LAST SHOW klu tak silap aku...

bermula 28 - 30 September 2012 berakhir 3 Oktober 2012...
sokonglah industri seni tanah air...

^___________^





xoxo,
nms





Thursday, September 27, 2012

...bila yang lama masih berguna



Rasa happy dan berbaloi sangat...
Sebabnya seperti gambar di atas...
Baju ni beli lama dah x igt bila, rasanya mcm lebih 4@5 tahun dah...mungkin lebih lama dr tu...
Sejak badan naik mendadak memang dah lama x pakai baju itu..tersimpan je dlm almari..nk bg adik2 almaklum adik2 adalah lebih saiz dr saya..hehehe

Namun,
Akhirnyaaaaa...yeaaaayyyyy dapat dah pakai baju ni...hehehe saya xde amalkan makan ubat kuwus ke apa ke..cuma belajar kawal makan waktu malam..nasi pulak cuma makan 2@3 kali dalam seminggu..n banyakkan makan buah-buahan..


Sekarang target nk turun lagi..sbb msh ade bju kebaya yang masih belum mampu utk dipakai..sayang baju lama yg masih baru.. ^_^


Chayokkkkk!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 25, 2012

... hApPy bIrtHDay... DR. ZAINAL...



hari ni 25 september 2012.......
yeaaaayyyyyyyyyyyyyyyyy hari yang paling dinantikan oleh WARGA COMPANY ku....... hehehehe
yeayyyyyyyyyyyy gaji............ alhamdullillah dan bersyukur......... (^_^)


dannnnnnn


hari ini juga merupakan hari ULANGTAHUN BIG BOS tempat aku bekerja......

dengan ucapan..........

"SELAMAT ULANGTAHUN DAN SEMOGA DIPANJANGKAN USIA, DIKURNIAKAN KESEJAHTERAAN SERTA KESIHATAN YANG BERPANJANGAN... DILIMPAHI RAHMAT KASIH DARI ILAHI DAN KEBAHAGIAAN HINGGA KE AKHIR HAYAT....
SEMOGA BERJAYA MEMBAWA SIRIM LEBIH MAJU, GEMILANG DAN BERSINAR KEMBALI.......... "


so kitaorg yang beberapa ketul staf pejabat presiden ni meraikan dengan upacara memotong kek.....



kek yang menjadi pilihan adalah Rainbow kek...
awesomeeeee sangat...
1st time daku merasainya..... cuma unlucky sebab perut still tak rasa stabil.......tapi sedap... seyes tak tipu.....


ini je la adik beradik kitaorang kat Pejabat Presiden ni.....
oh tertinggal sorang adik manis sebab dia tak nk naik lif berhantu dia tu.. hehehe

bos nk cepat sebab nk kejar meeting lain. (^_^)

bos turun meeting........ kitaorang la pulak yang melantak kek ini..................
bestttt la kek ni...
order dri kawan nadia.........




sekian......


xoxo,
nms





Monday, September 24, 2012

... inovasi ceri beri (*_*)




Fuhhhhh tak menahan hari ni..ulang alik dr toilet dr malam td, tido pun xboleh..sekejap bangun, sekejap bangun...pagi g kerja pun drive laju2 n berdoa agar xjem sgt hari ni..sampai je office berulang semula ke toilet...


Rasa letih sangat kalu ceri beri ni..di manakah silapnya terjadi ceri beri ini...huhu akibat makan kenduri semalam la ni..sbb tanya membe yg pergi tu pun sakit jugak perutnya..


Rasa letih sgt sebab mungkin air dlm badan terdehidrat kot..hehehe so kena la minum air garam hehe..bos bg asam boi yang super duper masin dan masam, so inovasikan jd air supaya boleh minum dgn harapan boleh pulih dan cover air garam dlm badan..hehehe ini andaian aku jer..sbb klu g klinik pun doktor akan bagi air garam juga kan..hehehe cuma air ni sedap la sbb ade rasa masam2..^_^


dah minum separuh baru teringat nk amik gambar............
sebab sedap sangat kot air ni... kihkihkih




Fuhhhhh mmg xlarat dah ni, cepat la kol 5...
Sobbbb sobbbb sobbbb *_*



Wednesday, September 12, 2012

...swing in the air...



Sesungguhnya gambar tiada kaitan dengan tajuk..tapi tajuk ade kaitan dengan saya....

Tak tahu kenapa dr semalam saya ade masalah dengan kepala..rasa pemandangan berbalam-balam, rasa berpusing-pusing..sungguh tak suka dengan keadaan ni..rimas dan tak selesa..

Tekanan darah okey, mungkin akibat keadaan mata..mungkin power mata dah bertambah.. *_*

Nak wat laser mata, ade tak yang nk tolong derma utk saya..
*_*





Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 11, 2012

... santapan pagi





Fuhhhhh!!!! Keadaan sangat tak selesa..



Pepagi ni terpaksa gagahkan diri g klinik :(




Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 7, 2012

... Lunch di Teppanyaki




rasa macam dah lama sangat tak keluar lunch reramai di hari Jumaat kan..... hehehe
so hari ini mendecidekan diri untuk makan di luar sebb nnti bosan coz waktu rehat yang panjang.........

tempat pilihan adalah di sekitar Shah Alam je...
Lokasi : Station Kopitiam
Menu Pilihan : Chicken & Fish Teppanyaki Set & Fresh Orange...

ehemmmm actually yang beria sangat nk update sal ni sbb nk bgtau ni first time makan Teppanyaki okeysssss....
hmmmm rasaaaaaaaa boleh la, but ni last kot sebb bukan tak sedap cuma its not really my taste la...
almaklumla aku kan peminat tegar makanan pedas... so bila makan yg takde berapa pedas tu rasa cam tak puas... hehehe...


sementara tunggu menu sampai... sempat la amik gambar diaorg prepare the teppanyaki ni....



okey... apa nk citer tentang air ni yea...
isu nya begini... 2 org kawan aku ni panggil bubble yang warna warni tu SPERMA... sebbnya diaorg kata bubble tu ade ekor...

haahahahaha cisssss............ tak senonoh..........



okey ni la set Teppanyaki yang aku order......
huhuhu tapi luper snap gambar selepas...
aku makan separuh je nasi......
Chicken & Fish tu aku habis but sayur tak habis... sikit je luak....

hehehe that y aku kata aku tak sinonim makan menu ni....

tak pe la sekurang2nya aku dah merasa makan kan.......


sekian...............


xoxo,
nms





...lagi kes buang bayi...




Pagi-pagi dihidangkan berita sebegini..apa nk jadi dengan dunia sekarang..sedihhhh sangat..bayi yang tak berdosa tu diperlakukan sebegitu..cuba ko yg buat tu masukkan kepala ko dlm bowl toilet tu sanggup je..

Ya Allah, jauhi aku dan keluarga ku dr sifat dan perangai sebegini..lindungi aku dan keluargaku dr segala bencana Ya Allah...


Sob..sob..sob..istigfar banyak2

Published with Blogger-droid v2.0.8