Tuesday, January 8, 2013

... Allah tahu setiap hela nafasmu......


 
 
 
Ramai lelaki atau wanita menangis merayu depan Allah agar dikurniakan pasangan yang soleh solehah..

Tapi quran pun mereka tak pernah sentuh...

Apakah adil bagi Allah mengabulkan permintaan itu?
 
Sedangkan nak masuk tandas pun ada bayaran nya..
Bagaimana mungkin pasangan soleh/solehah hanya dapat doa percuma tanpa harga yang tinggi?
Apakah pasangan soleh/solehah itu lebih rendah harganya berbanding tandas?

Allah tahu setiap hela nafasmu,
Setiap inci uratmu,
Apatah lagi bisikan hatimu..

Hanya kita yang dapat nilai bagaimana diri kita..
Kita mungkin nampak solehah/soleh di mata manusia..
Tapi di pandangan Allah,kita dalam kemurkaanNya..
Kita mungkin juga nampak gedik2 angry bird di mata manusia..
Tapi di pandangan Allah, Allah berbangga2 menyebut nama kita kepada para malaikat dan arwah2..
Nabi tersenyum bangga pada kita kerana sanggup mati demi sunnahnya...

Jangan hanya mengambil...belajarlah memberi!
 
 
 
.... terima kasih pada teman yang meluahkan rasa ni..... tertarik dan sangat bermakna....
 
 

No comments: