Saturday, September 12, 2009

PD ...Part 1

Part 1: Persediaan Majlis Berbuka Puasa dan Pemberian Sumbangan kepada Warga Emas, Sg. Bangkong, Sepang Lokasi : 1. Umah Sendiri 2. Level 5, FPB, UiTM Shah Alam Tarikh : 12 September 2009 Masa : 11 am - 2.00 pm ~~~~~~~~~~~~ n3 ini didedicate kepada semua sahabat2 subjek PD, BM223(PLK) yang telah bertungkus lumus dalam persediaan Majlis Berbuka Puasa Warga Tua di Sg. Bangkong, Sepang....disebbkan n3 ni melibatkan pic. yg agak banyak so, aku akan pecahkan kepada beberapa bahagian...so u all silalah muntah... huhuhu n3 ini khas untuk barang2 persiapan untuk diberikan kepada warga emas di sana... tentative program kitaorang akan balikkk.. 12.00 tgh malam.. huhu esok kija...maaakkkk aaiiii confirm ngantuk ni...
dalam program ni, aku pilih nk involve bahagian reservation & gift.. hehe aku kan suka benda2 yg creatve matic ni.. huhu tapi sayangnya pic gmbar frame n plage yg aku snap dah ilang..huhu..salah satu program kitaorg esok, adalah bergotong royong n pemberian sumbangan diikuti ceramah kemudian majlis berbuka puasa...dan disudahi dengan solat terawih...Dlm program gotong royong ni, communitee aku kena wat pembersihan sekitar kawasan masjid... jadi nya gegirl2 sila la bersopan santun di dalam masjid key.. huhuhu...
mereka2 yang gigih menanti out chief koordinator PLK utk menumpang barang2 ini di dalam bilik beliau.. sangat la lama n meletihkan.. huhu ari minggu yg terpaksa bangun awal..
plastik kuning tu adalah barang2 sumbangan yang akan diberikan kepada Warga Emas, di Kampung Sg. Bangkong, Sepang..
n ni lak adalah beras sumbangan kepada warga emas jugak... thanks n credit to all ours sponsor...
nota celah Jari : special request by cik SNK_ain... hehehe aku dedicatekan ruang ni utk ko...
upsss n3 yg ni tak de pic aku la... hhuhuhu :0 sbb aku bz amik gmbr org...hehe

Friday, September 11, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

*************************************** andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair,
rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu....

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu,

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...

bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu,

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja,

di setiap kesempatan juga masa yang terluang,

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .
berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,
mari kita meriahkan Ramadhan,
kita buru...kita cari...suatu malam idaman,
yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir,
mempersiap diri...rohani dan jasmani,
menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami,
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayang Mu
Ya Ilahi,
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti,
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu...
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....
**************************************
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN...

Thursday, September 10, 2009

Renung-renungkan...

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = ' Orang tua ' Murid 2 = ' Guru ' Murid 3 = ' Teman ' Murid 4 = ' Kaum kerabat ' Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?' Murid 1 = ' Negeri Cina ' Murid 2 = ' Bulan ' Murid 3 = ' Matahari ' Murid 4 = ' Bintang-bintang ' Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'. Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?' Murid 1 = ' Gunung ' Murid 2 = ' Matahari ' Murid 3 = ' Bumi ' Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.' IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? ' Murid 1 = ' Baja ' Murid 2 = ' Besi ' Murid 3 = ' Gajah ' Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?' Murid 1 = ' Kapas' Murid 2 = ' Angin ' Murid 3 = ' Debu ' Murid 4 = ' Daun-daun' Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ' Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ' Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang ' Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ' Nota Celah Jari : 'sampaikanlah walau satu ayat'..

DUIT RAYA....hooolaaalaaaa...

~@&%&*#!@(*!)@%~&$~#$*(! lalalalahhhhhahalaala..(wah gembira nya hati...)
Sapa nak angkat tangan......
hehehe kenal tak aper benda ni... hehehehe ni nama nya duit...heheh tak kenal ker.. Banyak nya DUit... DUit ni UTK DUIT RAYA.. hahaha( huhu :( semua ni bukan hak milik aku perseorangan...huhu ) hmmm agak2nya sapalah nk bagi aku duit raya ni... tahun ni raya as single n AVAILABLE dah.. tapi nie semua DUIT RAYA aku yg telah selamat dibarukan...hehehe (kata Duit Raya mesti lah Baru...) saper nk duit raya dari aku DATANG LA UMAH...hehe(tu pun klu aku ade kat umah la...kahkahkah...gelak kejam....cu n n kak wie tau camne klu aku gelak syaitan...kihkih)
ni pulak angpau utk DUIT RAYA.... haha semangat sey...
walhal utk diri sendiri 1 pun tak de lagi.. 1. Baju Raya = tak beli lagi (aku nk mintak cu n baju raya...kahkahkah upah bawak die g beli manik.. hehe buleh kan cu n) 2. Kasut Raya = pun takde lagi... bila ntah nk shoping...(takkan nk pakai kasut sarung croc huhu pening nnti mak ayah aku... raya ni la nk ayu2 .. hehe) 3. Handbag Raya = klu tahun ni tak beli dah masuk tahun ke 3 tak tukar Handbag Raya..huhu 4. Make up Raya = kena ade gak ker..haha ko bukan artis za...lempang baru tau... membazir jew... 5. Rambut Raya = tahun ni nk pakai tudung la raya... hehe....tak caya ke... hehe c ya

ni raya tahun 2008...chomel tak.. rasa nk kekalkan imej ni, tapi hati mungkin belum cukup tabah... hehe masa ni tetiba mcm nk pakai tudung..hehe balik kampung semua tengok aku dengan muka2 pelik..kihkih