Thursday, April 14, 2011

....Adakah soalan seperti ini bermain di fikiran anda?


Sharing Info : v2

Saya sudah mencuba, tetapi mengapa hanya sedikit sahaja berat badan saya turun dalam masa sebulan??
  • Jika anda aktif mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman, jisim  lemak akan ditukar kepada jisim otot, oleh itu perubahan berat badan tidak ketara tetapi anda akan berasa lebih sihat dan kelihatan lebih  menarik.
  •  Pengurangan berat badan secara mendadak adalah memudaratkan, anda boleh mengalami kehilangan jisim otot.  Anggota tertentu di badan akan kelihatan mengelebeh dan biasanya amalan ini tidak kekal lama
  • Penurunan berat badan secara sihat dan selamat disarankan di antara ½ hingga 1 kilogram seminggu.
Saya tidak dapat menahan nafsu makan?
  • Elakkan diri dan suasana yang boleh menimbulkan keinginan untuk makan
  • Elakkan menyimpan stok makanan ringan di rumah atau tempat kerja
  • Kurangkan makan di luar.

Bagaimana untuk mengelakkan rasa lapar?
  • Makanlah mengikut waktu yang tetap dan betul.
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Pilih snek (makan di antara waktu makan utama) yang berkhasiat  contohnya buah-buahan tempatan.
  • Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat dan roti bijirin penuh.
Saya tiada masa untuk menyediakan makanan!
·        Hidangkanlah ulam-ulaman sebagai menggantikan sayuran yang perlu dimasak.
·        Sediakan bahan-bahan mentah pada waktu lapang seperti pada hujung minggu.
·        Minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyediakan makanan.

Saya sukar untuk menerima perubahan!
  • Lakukan perubahan secara berperingkat, jangan terlalu memaksa diri.
  • Selalu ingat, perubahan yang mendatangkan faedah amat menguntungkan.
  • Tanamkan keyakinan dalam diri yang anda mampu untuk berubah.
  • Buat perubahan kepada perkara yang mudah dahulu, contohnya kurangkan minuman manis dan lebihkan minum air kosong.
Saya tidak yakin untuk berubah!
  • Jangan mudah berputus asa, kekalkan keazaman untuk membuat perubahan.
  • Fikirkan tentang ganjaran dari segi kesihatan yang bakal diperolehi  apabila berjaya mengurangkan berat badan.
  • Sasarkan matlamat penggurangan berat badan yang mampu  dicapai. Contohnya pengurangan berat badan 1 hingga 2 kg sebulan.
  • Tanamkan cita-cita untuk membuktikan kepada diri dan orang lain bahawa anda mampu melakukannya.


        
YANG PENTING :  Abaikan pandangan dan pendapat negatif orang lain terhadap  usaha murni ini.


Info from AJK Program Kecergasan SIRIM Berhad


No comments: